Pages

Powered by Blogger.

Monday 10 August 2015

Daun kering stevia



Salam buat semua. Gambar di atas adalah gambar daun stevia kering. Ianya sama seperti manis gula. malah tidak merbahaya pada kesihatan. Sekarang ini ramai yang gunakan stevia titis. tapi harganya boleh tahan. Tapi untuk daun kering ini harganya hanya RM19.00 sahaja bagi berat 30gm yang mana bersamaan kegunaan untuk seorang 2 kali sehari.   Pada yang berminat untuk kegunaan sendiri atau berminat nak menjual boleh hubungi saya. untuk menjual harga adalah harga borong untuk 10 bungkus keatas dicampur dengan kos penghantaran pos laju


Salam buat semua yang mengikuti blog saya. dah lama saya tak bersiaran di blog ini. Untuk pengetahauan semua gambar di atas adalah  produk daun stevia kering. Saya banyak menjual daun ini di pasar tani. Atas permintaan ramai saya buat jualan atas talian untuk memudahkan pada anda yang berada diluar kawasan ma

Friday 10 April 2015

nurseri mini untuk dikunjungi.
Inilah sebahagian daripada pokok-pokok herba yang disemai antaranya pokok pegaga kampung ,cekur,pudina,pandan,serai wangi,temu lawak,kaduk,kunyit,gandarusa,sambung nyawa,mulberi,nona durian belanda,sireh kampung,limau purut,limau madu,limau kasturi,lada hitam,pokok salam dan pokok vanilla. Kami juga membekalkan kelapa matag,kelapa pandan dan juga pokok hiasan seperti spider plants,keladi mini,keladi hiasan,pokok melur,pokok bunga cina,pokok nyonya makan sireh(bleeding heart) dan pokok bunga tiga bulan. Sekian untuk kali ini Insyallah kita bertemu di Pasar Tani Seri Manjung.






Ini adalah sebahagian daripada koleksi orkid  jenis  big dendrobium,dendrobium,vanda ,oncidium dan cattleya. Orkid yang dijual biasanya diletakkan di dalam pasu yang  agak besar (untuk membolehkan pokok dapat ruangan untuk membiak dan berbunga dengan lebih cepat)dan tidak perlu untuk menukar pasu dalam tempoh 3 tahun. Kadang-kadang kita merasakan harga orkid agak mahal tetapi berbaloi memilikinya kerana
bunganya bertahan lama antara 2 hingga 3 bulan dan penjagaannya tidak sukar. Malahan bunga-bungaan hidup ini menjadi terapi minda dan jiwa.....tatkala dipandang hilanglah' stress' dan jiwa berkembang seperti bunga yang sedang mekar. Jom ke tapak perniaagaan saya di Pakar (Pasar Tani )berhadapan dengan kedai Chiew
pada setiap hari Ahad mulai jam 7 pagi hingga 11 pagi.Harga berpatutan dan boleh dirundingkan......
Ini adalah rumah pokok herba  dan orkid saya yang terletak dihadapan rumah. pada yang berminat nak dapatkan pokok herba dan orkid boleh datang kerumah di alamat  253 lorong desa bayu 1/B desa bayu sri manjung perak. atau tel dulu.atau datang ke tapak perniagaan saya di pasar tani sri manjung pada setiap ahad mulai jam 7 pagi hingga 11 pagi. harga cukup berbaloi tanpa GST. Datang jangan tak datang!!!

Salam buat semua pengikut blog saya. seperti saya beritahu orkid kini adalah sebahagian dari perniagaan saya selain dari pokok herba. Seperti di gambar di atas, orkid saya semai sendiri dan sebahagian kecil sahaja yang saya dapatkan bekalan benih dari penanam.

Saturday 31 January 2015

Salam buat semua pengikut blog saya ini. Saya nak maklumkan pada anda semua bahawa masa ini saya menjual bunga orkid berbagai jenis. Tempat dan waktu adalah sama.Iaitu pada pagi ahad jam 7 pagi hingga 11 pagi. untuk melihat orkid kegemaran anda, datang le pasar tani di PAKAR Manjung.