Pages

Powered by Blogger.

Monday 4 August 2014



Kegunaan dan cara menggunakan sabah snake grass (belalai gajah), pokok batu karang dan lemuju. Semua sumber maklumat kegunaan ini saya perolehi di taman herba negeri perak. sekian selamat mencuba.Untuk pengetahuan semua, setiap herba yang kita gunakan tidak akan berlawanan dengan ubat-ubatan moden. Dalam erti kata lain ubat moden boleh kita gunakan atas nasihat doktor manakala herba adalah pilihan kita dalam masa kita makan bersama ubat tersebut.

Gambar di atas adalah baja semburan untuk semua tanaman. Samada pokok orkid, pokok bunga, sayuran dan pokok buah-buahan. Fungsi utama baja ini adalah sebagai pengalak untuk pembesaran, berbuah, berbunga dan bebas dari jangkitan "BENA". Cuma semburkan seminggu sekali keseluruhan pokok pada daun hingga ke pangkal dan selang semburan kali ketiga (minggu ke 3) anda pasti teruja dengan hasilnya. Harga cuma RM2.50 sebotol (500ml). Baja ini bebas dari najis alkohol dan bahan terlarang. Bersih dan tidak ada unsur subahat yang dilarang oleh agama islam. Baja ciptaan sendiri, Hasil dari tunjuk ajar arwah opah saya.

Anak Stevia


Cara tanam stevia



Salam buat semua. Dah lama sangat saya tak bersiaran dilaman ini. Maaf kerana sibuk dengan niaga stevia dan herba di PAKAR Sri Manjung.Urutan 3 keping gambar di atas adalah cara penanaman stevia.Yang mana benih stevia diambil (kerat) pucuk dalam 3 ruas pertama (pucuk) dan di tanam kedalam tanah yang tidak menakung air. (nisbah tanah: 3 tanah bakar, 2 pasir, 1 baja tahi ayam dan 1 cocopeat atau carpet grass). Bagi cocopeat, ianya hendaklah direndam kedalam air selama 2 hari untuk dibuang karat berwarna keperangan. kemudian keringkan dan gaul kedalam campuran tanah spt di atas.Manakala bagi carpet grass tak perlu direndam, cuma jemur hingga kering dan campurkan ke dalam sebatian tanah spt di atas. Anak stevia yg baru ditanam tidak boleh didedah kepancaran matahari secara terus. Ianya hendaklah di naungi dengan teduhan dengan kadar telusan cahaya matahari sebanyak 25% ke 30%. (netting hitam paling sesuai). Sekian jumpa lagi. Janga lupa ke Lot 20 Pusat Komuniti dan Karavan (PAKAR) Sri Manjung pada setiap selasa, khamis dan sabtu mulai jam 6 petang hingga 11 malam juga setiap pagi ahad (pasar tani) mulai jam 7 pagi hingga 11 pagi