Pages

Powered by Blogger.

Monday 4 August 2014

Cara tanam stevia



Salam buat semua. Dah lama sangat saya tak bersiaran dilaman ini. Maaf kerana sibuk dengan niaga stevia dan herba di PAKAR Sri Manjung.Urutan 3 keping gambar di atas adalah cara penanaman stevia.Yang mana benih stevia diambil (kerat) pucuk dalam 3 ruas pertama (pucuk) dan di tanam kedalam tanah yang tidak menakung air. (nisbah tanah: 3 tanah bakar, 2 pasir, 1 baja tahi ayam dan 1 cocopeat atau carpet grass). Bagi cocopeat, ianya hendaklah direndam kedalam air selama 2 hari untuk dibuang karat berwarna keperangan. kemudian keringkan dan gaul kedalam campuran tanah spt di atas.Manakala bagi carpet grass tak perlu direndam, cuma jemur hingga kering dan campurkan ke dalam sebatian tanah spt di atas. Anak stevia yg baru ditanam tidak boleh didedah kepancaran matahari secara terus. Ianya hendaklah di naungi dengan teduhan dengan kadar telusan cahaya matahari sebanyak 25% ke 30%. (netting hitam paling sesuai). Sekian jumpa lagi. Janga lupa ke Lot 20 Pusat Komuniti dan Karavan (PAKAR) Sri Manjung pada setiap selasa, khamis dan sabtu mulai jam 6 petang hingga 11 malam juga setiap pagi ahad (pasar tani) mulai jam 7 pagi hingga 11 pagi

No comments:

Post a Comment