Pages

Powered by Blogger.

Sunday 29 December 2013

Salam buat semua pengikut blog saya ini. terbaru dari saya ialah, saya menjual daun stevia kering dan serbuk dari daun stevia yang telah dikeringkan. Kualitinya tetap sama seperti daun pokok stevia segar.Untuk serbuk daun stevia, hanya gunakan sesudu kecil teh bagi satu "Mug" kopi. Letakkan sesudu teh kecil serbuk stevia bersama serbuk kopi kedalam Mug dan tuangkan air panas. Biarkan campuran taersebut 10-15 minit dan tapis sebelum diminum. Rasanya anda pasti teruja dengan minuman tersebut tanpa ragu-ragu lagi menyihatkan dalam mengawal kandungan gula di dalam badan. Begitu juga bagi daun kering, yang mana cara pengunaannya sama seperti serbuk tadi. Bagi satu Mug kopi, jumlah kuantiti daun 6- 9 helai atau ikut rasa kemanisan individu yang meminum kopi tersebut. Sekian jumpa lagi di Lot No 20 tapak pernigaan PAKAR (KARAVAN) Sri Manjung PERAK setiap selasa hingga sabtu mulai jam 6 ptg hingga 11 malam (016-5345951)

Sunday 24 November 2013


Gambar di atas adalah sebahagian mini nursery saya dan gambar pokok dalam pasu itu adalah anak pokok stevia yang baru berusia 3 minggu.
Salam buat semua pengikut blog saya ini. dah lama saya tak kemaskini halaman saya ini. Saya nak maklumkan bahawa semua pokok yang saya jual itu saya tanam sendiri. Tak kiralah pokok apapun, sama ada Mona Lavender, Stevia, Sabah Snake Grass(Belalai Gajah), Pudina dan lain-lain. Saya nak maklumkan disini bahawa kebanyakan pelanggan yang datang seolah olah tak percaya pokok-pokok yang saya jual itu saya yang tanam sendiri. Jadi kepada pelanggan saya jangan bimbang, bahawa semua pokok itu yang kebanyakannya berasal dari Cameron Highland itu saya telah kuarantinkan dahulu sebelum saya tanam dan boleh hidup segar ditempat kita ini. Dalam erti kata lain pokok itu dilahirkan dalam suhu kawasan kita dan sesuai untuk persekitaran ditempat tinggal kita. Sekian dahulu dan ketemu di lain waktu.

Thursday 17 October 2013

Salam bertemu kembali di blog saya ini.Nota di atas in adalah kegunaan stevia dan cara penggunaannya. Untuk dapatkan pokoknya datanglah ketempat niaga saya di PAKAR (tapak pasar tani) Manjung. Juga saya menjual gula dari ekstrak stevia dalam kuantiti satu kilogram.Harganya boleh tahu bila datang ke PAKAR

Wednesday 18 September 2013

Salam buat semua yang mengikuti blog saya ini. Untuk pengetahuan semua , saya dah mula menjual pokok Stevia dan pokok herba setiap hari mulai 12 Sept.di tapak pasar tani (PAKAR) Manjung mulai jam 6 petang hingga 11 malam. Kalau nak dapatkan pokok-pokok herba, bolehlah datang ketapak niaga saya di lot no. 20. Di PAKAR tersebut terdapat juga berbagai-bagai jualan, seperti medan selera yang menempatkan gerai-gerai makan. Jadi sambil menjamu selera bolehlah datang ke tapak niaga saya untuk mendapatkan pokok heba yang sememangnya terkenal dengan berbagai-bagai kegunaan. Kalau nak tahu pokok apa, datanglah ke gerai saya. sekian jumpa lagi di lain kesempatan.

Monday 9 September 2013


Ini adalah sebahagian dari pokok STEVIA yang saya tanam, yang mana permintaan terhadap pokok ini sangat tinggi dan sentiasa saya menanam selalu agar tak putus bekalan. Bagi yang masih lagi tercari-cari pokok ini untuk pengawalan kandungan gula dan kolesterol dalam badan bolehlah menghubungi saya di talian 016-5345951
Pokok ati-ati ini menjadi hi asan dilaluan masuk ke pintu laman nurseri saya. laman nurseri saya tak luas sangat tapi boleh menempatkan lebih kurang 1000  anak pokok herba.  

Tuesday 3 September 2013

Inilah rupa paras pokok Batu Karang seperti yang saya janjikan nak tunjukkan pada anda yang belum lagi pernah melihat rupa pokoknya. Selalunya kita lupa bahawa sekeliling kita terdapat berbagai pokok yang menjadi amalan  nenek moyang kita untuk berubat. Zaman sekarang ini jangan abaikan pokok herba ini disamping rawatan hospital yang selalu kita dapatkan. Hubungi 016-5345951.
Di atas adalah panduan cara penggunaan untuk ikhtiar penyakit batu karang. pokoknya ada saya jual, harganya  cuma RM 10.00 shj. Gambar pokok nya nanti saya masukkan dalam blog ini.

Saturday 24 August 2013

Selain dari pokok stevia saya juga ada menanam sendiri pokok MONA LAVENDER (gambar di atas). Tapi pokok ini bukanlah dari jenis herba. Lavender ini tidak ada berbau wangi.Tapi dia tergolong dari spesis lavender seperti di Cameron Highland Bunganya sangat lebat dan mengeluakan kuntum yang banyak. Berminat! boleh juga hubungi saya. 016-5345951.

Pokok gambar di atas ini adalah dari spesis herba. Namanya MISAI KUCING. kegunaannya ialah ikhtiar merawat penyakit batu karang, kencing manis, darah tinggi dan keputihan bagi wanita.Caranya ialah minum air rebusan daun 7 ke 10 helai sekerap yang boleh.selamat berusaha. Harga sepokok RM 15.00
 Gambar di atas dan bawah ini adalah pokok SABAH SNAKE GRASS atau BELALAI GAJAH. Pokok ini sedang hangat diperkatakan orang ramai. Mulanya pokok ini telah diamalkan oleh masyarakat cina mulai tahun 2008. Bermula dari satu peristiwa di mana seorang ibu berbangsa cina telah mengamalkan dengan memakan daun ini sebanyak 60 helai (kiraan yang betul untuk rawatan) untuk rawatan sakit KANSER tahap 4. Akhirnya ibu tersebut pulih sepenuh dari penyakit tersebut.Bermula dari situ maka pokok ini telah terkenal dan menjadi amalan masyarakat tersebut.Hari ini orang melayu telah mula sedar akan kebaikan pokok tersebut dan anugerah ALLAH ini jangan kita sia-siakan. Semasa rawatan sakit kanser ubat hospital masih boleh terus diamakan.dan dalam masa yang sama makanlah daun pokok ini untuk membantu menyembuh sakit tersebut
Caranya ambil 7 ke 10 helai daun dikisar (blender) bersama epal hijau yang dibuang kulit dan biji. Minum jus tersebut setiap hari. Anda akan rasai sendiri keberkesanannya. Terutama semasa buang air kecil.Atau seperti yang saya terangkan diatas bagi yang kritikal. Atau 2 ke 3 helai daun di rendam dalam air panas dan minum setelah sejuk suam dan juga boleh dibuat ulam atau masak lemak berasam keledek merah. semoga ikhtiar kita berterusan. Harganya antara RM10.00 ke RM40.00 (ikut saiz dan usia pokok)
 Pokok dibawah ini pokok Mona Lavender seperti di atas.

Monday 29 July 2013

Inin gambar minggu akhir sebelum puasa. Sekarang ini saya juga menjual pelbagai pokok herba selain stevia, saya juga ada menjual pokok halia bara, selasih sarsi, pudina, misai kucing, cekur,temulawak, sabah snake grass (belalai gajah) dan juga terung telunjuk. Kegunaannya banyak untuk merawat sakit yang sukar disembuh oleh ubat moden. Sekian dulu untuk kali ini.
bulan puasa ni rehat tak niaga le!!!!

Tuesday 23 April 2013

Stevia pasar tani

Ini adalah gambar terbaru saya berniaga pokok Stevia di pasar tani Sri Manjung pada 14/4/2013 hari ahad. Macam yang lepas juga , permintaan terhadap pokok stevia ini tak pernah berkurangan. Masa-masa tertentu saya tak berniaga bukanlah sebab apa, cuma kekadang tu pokok yang ada terlalu kecil. jadi kena tunggu pokok besar dah sebulan ke satu setengah bulan baru boleh saya. Kalau kecil sangat tak boleh jual sebab pelanggan takut pokok mati.

Friday 1 March 2013

 
Assalamualaikum. Lama tak cerita apa-apapun. Ini saya nak bagi tahu pada hari ahad ini (3/3/2013) saya berniaga lagi di pasar tani Sri Manjung. Datang le.....sebab saya bawa lagi anak pokok STEVIA untuk dijual. Kali ini pokok yang saya nak bawa harganya RM10.00 dan harga RM25.00 (pokok dah siap untuk digunakan daunnya). Saya juga bawa gula STEVIA.Harganya RM27.90, tapi pasar tani punya pasal saya potong harga 90 sen.Jadi harga di pasar tani nanti RM27.00 sahaja. Kalau nak tahu rupa gula STEVIA datang le ke pasar tani ahad in(3/3/2013).Sekian jumpa lagi di lain kesempatan. Juga saya nak beri tahu lepas ahad ini saya lambat lagi nak masuk niaga di pasar tain. Sebabnya pokok yang tinggal kecil sangat. Insyaallah bulan April pulak saya masuk niaga.











Pokok stevia kecil




Thursday 14 February 2013

Hari ini saya nak maklumkan pada 17/2/2013 (ahad), saya  berniaga di pasar tani Manjung lagi. Saya diberi peluang sekali lagi oleh pihak FAMA Manjung untuk mempromosikan pokok stevia dan produk berasaskan dari pemanis stevia. Untuk ahad ini saya akan memperkenalkan minuman berkabonat dari  pemanis stevia dalam tiga rasa.iaitu perisa oren, sarsi dan strawberry. Datang le ke pasar tani ahad ini bersamaan 17/2/2013. jJangan tak datang!!! Juga seperti minggu yang lepas saya juga menjual pokok stevia dan pemanis dari ekstrak stevia.

Monday 11 February 2013




Assalamualaikum. Seperti yang saya katakan tempoh hari 10/2/2013 (Ahad) saya berniaga di pasar tani Sri Manjung Perak. Alhamdulillah sambutan amatlah menggalakkan. Rata-rata teruja apabila melihat sendiri pokok Stevia. Ada yang sebelum ini hanya mendengar nama stevia, tapi tak pernah lihat rupa pokoknya. Gambar dia atas adalah sebahagian dari aktiviti perniagaan saya pada hari tersebut. Saya "tabik" lah pada pihak FAMA cawangan Manjung kerana memberi saya peluang dan kesempatan mempromosikan stevia saya ini. Walaupun kalau nak kira pada hari itu dah tengah bulan tapi masih lagi ada pelanggan. Kalau cukup bulan macam mana agaknya ye? selepas ini saya nak terus promosikan lagi di pasar tani, itupun kalau pihak FAMA bagi peluang lagi. Harapan saya dapatlah kiranya lagi masuk berniaga dipasar tani

Wednesday 6 February 2013

Assalamualaikum. jumpa lagi kita hari ini. Gambar di atas adalah pokok stevia yang baru keluar dari tapak semaian. Usia pokok (yang besar sikit itu) sebulan setengah, dan yang kecil sedikit itu sebulan. yang lain dah habis orang beli. Dia orang kalau nak belai tak kira malam atau siang. Baru-baru ini di orang datang lepas maghrib. Jadi layan juga le. Al-maklum pelanggan le katakan! Pulak tu datang tangkap yang besar pulak tu.RM 30!!!.Ahad ini 10.feb.2013 saya berniaga di pasar tani Manjung. Baru dapat tapak berniaga.Itu pun tapak promosi.Kira OK le tu. Kalau anda berkesempatan, datang le tapak PAKAR (pasar tani) ahad ini. Boleh le lihat sendiri pokok Stevia bagi yang belum pernah lihat lagi.Dan selepas itu beli pokok stevia dan Ekstrak gula dari pakok stevia. Pasti anda TERUJA PUNYA!!!! Jangan lepaskan peluang ini

Saturday 2 February 2013


Pokok digambar ini adalah harganya RM12.00. Saya dah banyak jual pokok saiz ini. Kalau ada yang berminat boleh hubungi saya di talian 016-5345951 (Anhar Zubir) atau datang sendiri bagi yang berada di sekitar kawasan Manjung,Teluk Intan dan Perak Tengah Perak.Saya tinggal di Manjung Perak. Saya juga ada jual pokok yang berharga RM10.00 dan RM8.00. Untuk kesesuaian tanah bagi pokok stevia ini saya telah melakukan beberapa kajian, yang mana hasilnya saya telah dapati ejen subur yang paling bagus untuk pokok ini adalah air siraman yang dibuat menggunakan  dari sisa  buangan sayuran, air basuhan beras dan perut ikan. Yang paling bagus ialah dari sisa sayuran. Caranya peramkan kesemua bahan tersebut dalam bekas yang kedap udara selama 2 ke 3 minggu (Jangan buka kalau belum tempoh 2 atau 3 minggu). setelah itu campurkan sedikit gula merah untuk egen pembiakan mikrob (EM). Cukup tempoh ambil air tersebut dan tapis dahulu, kemudian siramkan ke pokok stevia anda (0.5 liter air peraman bersamaan 25 liter air bersih). Ini adalah cara saya lakukan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak perseorangan ataupun pertubuhan. Untuk gambar disebelah pokok di atas itu adalah EKSTRAK GULA yang dihasilkan dari daun stevia.Sekiranya anda berminat hubungi saya ditalian seperti di atas. Satu paket didalamnya terdapat 50 bungkus ( satu bungkus di dalamnya seberat 1 gram bersih, bersamaan 2 sudu teh gula tebu). Ini saya beli borong dari pembekal. Harganya saya akan beritahu kalau anda menghubungi saya. Untuk hari ini saya berhenti dahulu setakat ini. Sebab nak masuk kebun stevia. Jumpa lagi. Rajin-rajinlah buka blog saya ini, agar dapat berkongsi ilmu dan menambah baik kesihatan kita.

Tuesday 29 January 2013

STEVIA


Stevia digambar ini sudah berusia lebih kurang 3 bulan, tapi masih lagi segar. Apa yang penting penjagaannya mestilah disiram 2X sehari dan dibaja dengan baja subur (NPK saya lupa). Kalau pergi kedai pertanian bolehlah tanya nak beli baja subur (rupanya bulat kecil, warna hitam. dan sebesar sagu putih). Yang digambar ini kalau dijual harganya RM 30. Dah banyak saya jual pokok stevia sebesar ini.

Sunday 27 January 2013

Stevia yang saya tanam ini adalah mulanya hanya untuk mengisi lapang saja. namun ianya menjadi-jadi pula.Bulan pertama saya tanam semuanya serba tak kena. Ada yang hidup ada yang segan hidup mati tak mahu.Tapi atas sebab minat, saya cuba lagi sehingga menjadi dan dari situ saya terus membuat semaian keratan batang hinggalah menjadi beratus-beratus pokok. Induk yang  saya guna ini adalah pada asalnya jiran yang bagi. bermula dari dua pokok, sekarang dah mula saya jual kepada peminat stevia disekitar kawasan  tempat tinggal saya. Gambar yang di atas itu adalah juga saya gunakan sebagai induk pembenihan.


Gambar yang ini adalah pokok stevia untuk dijual dari dua minggu dari sekarang. sebab saya baru pindahkan nya kepasu besar. kalau ada yang berminat boleh hubungi saya di talian 016-5345951. Pokok stevia amat terhad. Kalau adapun siapa cepat dia dapat.

KEBAIKAN STEVIA:

Stevia tidak mengandungi kabohidrat, kalori dan tidak bertoksid. Bagi pesakit diabetis dan obesiti amat sesuai sekali dan ianya menjadi pilihan yang baik menggantikan gula tebu, terutama dalam masakan yang memerlukan gula sebagai pemanis. Bagi orang yang tidak lagi berpenyakit lagi-lagilah disarankan untuk menggunakannya.Sebelum diserang penyakit-penyakit zaman ini, eloklah dari sekarang mulakan yang baru dalam hidup anda dan keluarga anda. Harganya memang mahal sedikit. Tapi apalah ertinya wang ringgit kalau dah berpenykit baru tersedar. Mudah sahaja, masukkan beberapa helai daun stevia yang telah dikeringkan ataupun yang masih hijau kedalam masakan (contoh: masakan sambal tumis untuk mengelakkan terlalu pedas semasa mula  menumis masukkan 10 ke 15 helai daun stevia dan biarkan hingga selesai memasak). Juga boleh digunakan pada masakan yang lain seperti kuih tepung talam, kuih donat, bengkang. Caranya ialah daun stevia hendaklah direndam dengan air yang telah mendidih. tetapi jangan terlalu banyak air (anggaran air satu gelas besar sudah memadai).Jumlah daun bolehlah direndamkan mengikut kemanisan kuih yang hendak dibuat.